Thursday, February 17, 2011

Apakah rangka badan anda??

Thursday, February 17, 2011
Kita sering mendengar ada orang berkata yang "saya berangka besar" atau " saya berangka kecil" tetapi adakah anda tahu bagaimana untuk menentukan rangka badan anda. Mengetahui jenis rangka badan sendiri adalah penting supaya kita dapat menentukan berat badan yang sesuai dengan tubuh kita.

Rangka badan
Rangka badan kita boleh dikategorikan kepada 3 kategori iaitu kecil , sederhana, dan besar. Tentukan rangka badan anda menggunakan kaedah di bawah.

1. Mengukur saiz pergelangan tangan. Cara paling mudah
- Gunakan tali pengukur dan ukur pergelangan tangan di bahagian paling kecil. Bandingkan dengan jadual di bawah untuk mendapatkan saiz badan.



Sumber : http://www.healthcentral.com/diet-exercise/ideal-body-weight-7181-146.html


Saiz pergelangan tangan vs rangka badan untuk wanita
Saiz pergelangan tangan vs rangka badan untuk lelaki


2. Mengukur saiz siku. Cara ini agak susah tapi lebih tepat.
2.1 Berdiri tegak dan luruskan tangan selari dengan lantai.
2.2 Bengkokkan tangan 90 darjah dan pastikan genggaman tangan ke arah muka anda.
2.3 Gunakan ibu jari dan jari telunjuk sebagai pengukur dan ukur di bahagian paling kecik pada siku anda.
2.4 Ambil ukuran tersebut dengan tali pengukur dan bandingkan dengan jadual di bawah.

Jadual saiz siku untuk badan sederhana


* Jika ukuran saiz lebih kecil daripada jadual di atas, anda dikategorikan berbadan kecil
* * Jika ukuran saiz lebih besar daripada jadual di atas, anda dikategorikan berbadan besar

Sumber rujukan : http://www.1is2fat.com/body_frame.html

Jika anda masih tidak faham, hubungi saya di tutyrahiza@gmail.com / 012-7383040 untuk keterangan lanjut.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...