Online shopping atau bahsa melayunye membeli belah di alam maya telah menjadi satu perkara biasa di Malaysia. Saya sendiri adalah penggemar online shopping sejak zaman belajar di Jepun. Apa yang perlu hanyalah sebiji komputer/laptop/ipad/iphone/blackberry atau yg seangkatannya dan sudah tentu talian internet..
Saya sudah biasa dengan online shopping kerana untuk membeli ayam/daging halal memerlukan pembelian daripada area bandar. Saya duduk di kawasan luar bandar ( Wakayama ) dan kedai barang basah halal terdapat di bandar lain yg tidak dapat dijangkau..Online Shopping di Jepun sudah menjadi budaya hidup mereka. Jadinya saya gunakanlah kemudahan itu untuk menempah ayam/daging halal..Sangat mudah, order -bayar di bank dan tunggu barang sampai depan pintu rumah..