Wednesday, May 11, 2011

Online Shopping

Wednesday, May 11, 2011
Online shopping atau bahsa melayunye membeli belah di alam maya telah menjadi satu perkara biasa di Malaysia. Saya sendiri adalah penggemar online shopping sejak zaman belajar di Jepun. Apa yang perlu hanyalah sebiji komputer/laptop/ipad/iphone/blackberry atau yg seangkatannya dan sudah tentu talian internet..
 
Saya sudah biasa dengan online shopping kerana untuk membeli ayam/daging halal memerlukan pembelian daripada area bandar. Saya duduk di kawasan luar bandar ( Wakayama ) dan kedai barang basah halal terdapat di bandar lain yg tidak dapat dijangkau..Online Shopping di Jepun sudah menjadi budaya hidup mereka. Jadinya saya gunakanlah kemudahan itu untuk menempah ayam/daging halal..Sangat mudah, order -bayar di bank dan tunggu barang sampai depan pintu rumah..
DI Malaysia juga, online shop sedang tumbuh bagai cendawan..Tidak semua orang ada masa untuk pergi ke kedai untuk membeli belah di tambah dengan kekangan masa dek kesibukan kerja..Kepada yang baru hendak mencuba, anda perlu berhati-hati semasa membeli barang di online shop dan pastikan kedai itu mempunyai testimoni daripada pelanggan untuk mengelakkan penipuan..
 
Senang kan..sekadar klik, klik. klik..Pembayaran boleh dilakukan dengan Maybank2u atau CIMB click..Barang akan sampai keesokan harinya kalau pembayaran dilakukan sebelum pukul 12tengah hari...
Inilah dinamakan cara membeli belah di abad 21..
 
Sejajar dengan tajuk ini, saya pun sedang mengusahakan untuk membuka online shop dan nantikan kemunculannya..Apakah barang yang akan saya jual..TUNGGUUUUUUU

2 comments:

azya said...

tuty..aku agree sangat ngan kau.
skarang ni mmg online shopping lg benri..aku pun suka...sebab leh buat masa yg kita suka, tayah pakai lawa, cari parking berjam jam dan ronda satu mall utk dapat brg yg kita nak...hehe.
aku pun terpikir jugak nak meniaga online. dakedo...jishin naiiiii..hehe.

tUtyRAhiZa said...

anie, ni la nama zaman dah berubah..org dok kat umah je utk shopping..

aku pun cam takut nak mula tp insya Allah, doa dan usaha supaya online shop tu berjaya..

ko pun boleh sbb ade org yg tak pernah berblog, bole je berniaga..so kenapa kite yg dah lama terjebak ngan blog ni pun join sekali kan..ko jual beg tu aku rase sgt ok..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...