Tuesday, July 5, 2011

Saya, Amni-chan dan Nursing Cover

Tuesday, July 5, 2011
Ahad lepas pertama kali bawa Amni-chan jalan-jalan dekat Mid Valley dengan cik nana dan nekcu..Mata Amni-chan melilau sana sini..Memang perasan yang Amni kalau dekat public area dia suka tengok sekeliling..Almaklum budak kecik ni kan dalam proses belajar. Jadinya minum susu pun mata tengok ke lain..Ralat tengok orang ramai..

Bila Amni-chan sudah penat tengok sana sini, mula la mencari makanannya iaitu susu la..Senang je dengan Amni-chan, selak baju pastu suakan nenen akan minum la Amni dengan senang hati..Tak payah susah-susah nak bancuh susu pastu bawa ari panas kan.

Saya memang dah beli satu nursing cover ni daripada  Little Precious Garden dan sangat sukakannya..Ke mana-mana pergi pun mesti bawa..Ni la yang tolong tutup cik B masa saya drive sambil mengepam. Pastu bila nyusukan amni kat kawasan awam..Ari sabtu pegi wedding Imran pun, orang dok sibuk tengok orang bersanding..Amni lak dok sibuk nenen di sebalik nursing cover.

Semasa outing ke mid valley tu memang bersyukur sangat nursing cover ni ada. Nursing room dah penuh (ada 2 bilik je) dan Amni-chan dah mula meragam sebab tak dapat susu. Habis dihisapnya tangan tu. Disebabkan lama sangat menunggu, saya duduk je dekat bench all the way to the toilet, pakai nursing cover dan susukan Amni-chan. Tak kisah la orang mampak ke ape ke sebab yang penting Amni-chan dapat menyusu. Perasan tak ade sorang auntie kat sebelah saya tu. Dia sangat kagum dengan nursing cover dan cakap orang yang cipta nursing cover ni sangat genius. Memudahkan untuk nursing in public dan siap ade peekaboo window untuk tengok baby dekat dalam.




Jadinya untuk bf mommy, sila la dapatkan satu kerana memang akan memudahkan anda dan berbaloi-baloi.Lebih suka nursing cover daripada ponco kerana ponco takde window untuk jengah baby.

Btw, kedai saya mychibibox sedang mengadakan promosi julai sempena bulan energizing soy protein (ESP). Harga murah dengan pakej promo yang disediakan.. Berbaloi-baloi..Protein penting ya bukan sahaja untuk diet tapi untuk kecantikan dan kesihatan badan. Kitakan protein dan sel dibuat daripada protein.

Klik sahaja lucky draw banner dan anda akan disambung secara terus ke kedai saya.

1 comments:

Ummi Ili @ Little Precious Garden said...

Lena nya si amni tu tido lepas kene nenen kot :) anyway great post regarding nursing cover.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...