Thursday, July 7, 2011

Uri dan kelahiran bagai isi dengan kuku

Thursday, July 7, 2011
Saya dah buntu nak tulih apa untuk cabaran 1 –MSK Ipad ni..Tahu perlu jadi kreatif tapi otak masih tak dapat berfungsi dan akhirnya saya putuskan untuk tulis mengenai kelahiran yang biasa akan terlintas di fikiran kita bila sebut “kelahiran”

Antara perkara yang sinonim dengan kelahiran ini adalah “Tanam Uri”..Untuk orang melayu perkara ini memang diambil berat kerana uri merupakan teman bagi si bayi sepanjang tempoh kehamilan dan cara kendalian uri itu dikatakan akan mempengaruhi proses tumbesaran bayi. Semasa saya berpantang hari itu pun antara soalan yang glamer adalah “ Uri tanam di mana?”, “Macam mana ditanam?”

Sebenarnya di dalam Islam tidak dinyatakan secara jelas bagaimana cara pengurusan uri yang sebetulnya. Oleh itu, kebanyakan negeri mempunyai cara yang berlainan..Antara adat atau budaya la jadinya.

Saya ada terbaca sebaik-baiknya uri diuruskan si suami kerana uri keluar daripada alat sulit isteri dan menjadi tanggungjawab suami untuk menjaga kehormatan isteri. Tapi pastikan suami tu tahan dengan bau darah yea sebab saya sendiri hampir loya masa ibu mertua saya membasuh uri Amni-chan.

Uri Amni-chan dibasuh oleh ibu mertua saya mengikut cara orang Kelantan. Uri dibasuh bersih-bersih dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir dan dibalut dengan kain putih sebelum ditanam. Pastikan lubang dikorek dalam untuk mengelakkan binatang buas yang berminat dengan bau darah daripada uri ini. Jika di belah Johor, uri akan diisi di dalam bekas tempayan tanah selepas dibalut dengan kain putih. Pada pendapat saya, itu semua adalah usaha untuk mengelakkan uri dikorek oleh binatang.

Ada lagi perkara yang menarik dalam Masyarakat Melayu.

Pernah tak dengar yang ada yang letak itu ini bersama uri sebelum ditanam? Menurut emak saya, uri saya ditanam bersama dengan pensil dan kertas hasil pesanan bidan kampung yang menyambut saya. Dikatakan bayi akan terang hati. Adik-beradik saya yang lain tidak pula dibuat begitu dan wallahualam sejauh mana kebenarannya. Mungkin betul, mungkin tidak. Secara kebetulan saya satu-satunya yang belajar sampai ke luar negara. Nak juga tu bagi bukti ya..

Dalam percaya tidak percaya itu, saya minta diletakkan juga pensil dan kertas dalam bungkusan uri Amni-chan. Tidak boleh percaya ya sebab syirik sebenarnya. Semasa Mr. N bercerita dengan suami pengasuh saya aka Wak, Wak berkata mengikut orang jawa elok diletak paku dan ada yang letak kalkulator supaya anak cerdik. Mr. N bergurau,“ Macam tu letak je la komputer supaya celik IT?“..Hehehhe..Ada ke yang buat yea?? Nanti boleh la dapatkan response..

Lagi satu yang menarik, di mana uri di tanam? Bila saya mengatakan uri Amni-chan ditanam di laman hadapan rumah, ada yang terus mencelah,“Cepat la nanti Amni kahwin. Kalau tanam belakang rumah, nanti lambat kahwin sebab orang tak nampak“. Macam tu pulak ya..

Kenapa tetiba saya mengarut tentang kelahiran ini? Ni la sebabnya..

“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh

3 comments:

alyrds said...

naseb ada entri..byk mitos n fakta jg ni.,....

tUtyRAhiZa said...

Thanks alyrds dtg menjenguk..Ingat nak study lebih tajuk ni tapi den kejar dateline sampai tercicir-cicir..

nur said...

BANYAK YG TAKTAU LAGI TTG URI.. THANKS YE ENTRY NI.. AND GOOD LUCK

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...