Sudah lama saya pikirkan mengenai perkara ini memandangkan saya memang setiap hari menggunakan lebuhraya ke tempat kerja..
Saya pelik dengan rakyat Malaysia yang sanggup beratur di lorong tunai untuk membayar tol sedangkan jika setiap hari menggunakan lebuhraya, apa salahnya melaburkan sedikit duit untuk membeli Smart Tag. Memudahkan perjalanan dan paling penting menjimatkan masa perjalanan. Jika terasa mahal, belilah kad Touch N Go yang berharga RM10 sahaja.
Saya selalu tersekat untuk sampai ke tol kerana lorong tunai yang panjang berjela sehingga menyekat laluan masuk ke lorong Touch N Go dan Smart Tag.Sakit juga hati bila tengok lorong di tengah-tengah plaza tol tu lengang sahaja..
Saya lebih sayangkan masa daripada duit untuk membeli smart tag / kad touch n go. Jika sekadar untuk membayar RM1.00 saya perlu beratur sehingga setengah jam, biarlah saya keluarkan sekurang-kurangnya RM10 untuk membeli kad touch n go. Mungkin ada yang memberi alasan bahawa mereka sukar untuk menambah nilai kad tersebut.
Saya ingin bertanya..Anda isi minyak di mana? Petrol station bukan? Bukankah sudah ada kemudahan untuk menambah nilai di Petrol Station..Boleh selesaikan 2 kerja serentak kerana anda tidak akan mengisi minyak di pasaraya. Malahan ada plaza tol yang menyediakan lorong tambah nilai pada masa-masa tertentu. Jika anda rasa susah juga, lakukan di ATM samada maybank atau CIMB..Kemudahan disediakan untuk memudahkan rakyat. TETAPI kita sendiri yang tidak pandai menggunakannya.
Akhir kata, tolong beli kad touch n go untuk pulang beraya tahun ini kerana anda hanya menyebabkan kesesakang di plaza tol jika membayar secara tunai.