Tuesday, August 16, 2011

Touch N Go, Tunai atau Smart Tag

Tuesday, August 16, 2011
Sudah lama saya pikirkan mengenai perkara ini memandangkan saya memang setiap hari menggunakan lebuhraya ke tempat kerja..

Saya pelik dengan rakyat Malaysia yang sanggup beratur di lorong tunai untuk membayar tol sedangkan jika setiap hari menggunakan lebuhraya, apa salahnya melaburkan sedikit duit untuk membeli Smart Tag. Memudahkan perjalanan dan paling penting menjimatkan masa perjalanan. Jika terasa mahal, belilah kad Touch N Go yang berharga RM10 sahaja.

Saya selalu tersekat untuk sampai ke tol kerana lorong tunai yang panjang berjela sehingga menyekat laluan masuk ke lorong Touch N Go dan Smart Tag.Sakit juga hati bila tengok lorong di tengah-tengah plaza tol tu lengang sahaja..

Saya lebih sayangkan masa daripada duit untuk membeli smart tag / kad touch n go. Jika sekadar untuk membayar RM1.00 saya perlu beratur sehingga setengah jam, biarlah saya keluarkan sekurang-kurangnya RM10 untuk membeli kad touch n go. Mungkin ada yang memberi alasan bahawa mereka sukar untuk menambah nilai kad tersebut.

Saya ingin bertanya..Anda isi minyak di mana? Petrol station bukan? Bukankah sudah ada kemudahan untuk menambah nilai di Petrol Station..Boleh selesaikan 2 kerja serentak kerana anda tidak akan mengisi minyak di pasaraya. Malahan ada plaza tol yang menyediakan lorong tambah nilai pada masa-masa tertentu. Jika anda rasa susah juga, lakukan di ATM samada maybank atau CIMB..Kemudahan disediakan untuk memudahkan rakyat. TETAPI kita sendiri yang tidak pandai menggunakannya.

Akhir kata, tolong beli kad touch n go untuk pulang beraya tahun ini kerana anda hanya menyebabkan kesesakang di plaza tol jika membayar secara tunai.

1 comments

Tuesday, August 9, 2011

Promosi Duit Raya Ramadhan

Tuesday, August 9, 2011
Bila ramadhan menjelma, ramai yang mula membuka biznes sempena ramadhan. Alasan : Rezeki mudah di bulan puasa..Lagipun inilah peluang hendak mencari DUIT RAYA lebih. Bukan apa, jika ada DUIT lebih ditangan, bolehlah menghulur kepada ibu bapa lebih sedikit. BETUL TAK???

Tahun kedua memegang status “PEKERJA KILANG” , saya nekad untuk berniaga memandangkan duit gaji yang tidak cukup itu tidak bersyukur sungguh diriku ini..(muhasabah kejap)..Saya jual tempeyek kacang, kerepek bawang yang diambil daripada Kluang dan kek keju bakar yang saya buat sendiri..

Jika niat ikhlas, memang Allah akan murahkan rezeki..Berjaya juga la saya menjual kek keju tu..Boleh dikatakan setiap hari ada tempahan..Masa tu (2009) Philadelphia Cream cheese 250g baru RM6 jika beli di kedai menjual barang-barang kek..Setelah tolak tambah adalah untung yang diperolehi..Saya jual harga RM30 sahaja..Sekarang memang tak dapat harga tu kerana kos bahan mentah sudah naik..Cream Cheese sahaja sudah berharga RM7 ringgit..Tidak termasuk telur, gula,tepung dan sebagainya..

4 comments

Duit Hilang Di Malam Raya

6 tahun saya berada di Jepun, bermakna 6 tahun juga lah saya berpuasa di sana..TETAPI, 5 kali sahaja beraya di Jepun kerana raya tahun ke 3 saya pulang beraya ke Malaysia atas belas kasihan Professor yang memberi kelepasan walaupun semester sedang berjalan.

Ramadhan di Jepun sama sekali tidak sama dengan ramadhan di Malaysia kerana suasana nya tiada langsung. Jangan kan mahu mendengar lagu raya, orang sentiasa makan di sekeliling. Dugaan sungguh.DUIT memang tidak surut sebab pasar ramadhan tiada dan acapkali juga hanya dibelanjakan untuk membeli biskut bagi juadah berbuka puasa jika ada kelas. Almaklum, puasa semasa musim sejuk waktu siangnya singkat jadi dalam pukul 5 petang sudah berbuka.Masa tahun pertama pernah berbuka dengan gula-gula sebiji..Nasib baik ada terselit dalam beg.

Eh, dah lari topik pula..Bila dikatakan tentang DUIT dan ramadhan, saya tidak akan lupakan peristiwa 30 Ramadhan tahun 2005..Kebetulan 1 Syawal jatuh pada hari cuti umum di Jepun, jadi saya mengambil kesempatan untuk beraya di kedutaan besar Malaysia di Tokyo. Saya duduk di Wakayama yang jauhnya seperti Johor Bahru dan Kuala Lumpur..Hari itu memang sibuk sebab hendak menyiapkan eksperimen dan mengambil data yang perlu sebelum bercuti lama sedikit. Bukan senang di tahun akhir pengajian yea sebab profesor tidak sewenang-wenang beri cuti datang ke makmal. Walaupun bergelar pelajar, kena hantar borang untuk minta cuti tau..Jika tidak disuakan keputusan eksperimen yang memuaskan hati, jangan harap lah boleh bercuti.

Setelah kelam kabut di kampus, saya bergegas untuk pulang ke rumah untuk mengejar waktu keretapi. Jika terlepas, bermakna terlepas la bas saya ke tokyo. Naik bas malam je sebab lagi murah. Kes nak jimat DUIT la ni.Sebelum keluar rumah, saya ingin menghantar mesej kepada rakan TETAPI TELEFON BIMBIT SAYA TIADA. Arrgghhhh,, macam mana ni..Saya mesej rakan di Yahoo Messenger (YM) minta telefon nombor saya tapi tidak berbunyi..Internet lajukan..YM tu di hujung jari sahaja.

Saya teringat meletakkan telefon di poket seluar sebelum merempit balik..Adakah telefon terjatuh di jalan raya? Jika Ya, Sadakallahulazim..Saya terus naik skuter dan patah balik ke kampus dengan cuaca yang sejuk..Dua kali juga saya jalan mundar mandir di parkir motor dan perlahan-lahan menuruni bukit kampus melihat di atas jalan raya. Telefon saya warna putih, sudah tentulah boleh nampak jelas di waktu senja pun. Malangnya, tidak berjumpa..

Hajat di hati mahu membeli belah di Tokyo. Rupa-rupanya telefon ku merajuk..Menjeruk diri dengan menghilangkan diri supaya aku habis DUIT untuk membeli telefon baru.. Di kala orang lain sibuk menghantar mesej raya, menelefon keluarga mengucapkan ucapan raya, saya naik bas dengan hati yang lara. Panik sebentar kerana tidak tahu macam mana mahu menghubungi rakan di Tokyo yang akan menjemput saya di stesen keretapi. Alhamdulillah, junior saya yang turut ke Tokyo berjaya menyampaikan pesanan kepada rakan saya. Ye la kan, saya tiada telefon untuk dihubungi..

Dalam hati, mungkin telefon saya merajuk sebab saya memang sedang berkira-kira untuk menukar telefon yang baru. Al maklum, sudah 3 tahun saya pakai telefon itu. Di pagi raya, saya membeli telefon dengan harga 0 yen..Yatta!!!!!!Selamat DUIT saya...heehehhe..Nak tahu saya beli telefon apa?? VODAFONE tu..Harga 0 yen = PERCUMA la..

Hilang telefon sama macam hilang DUIT juga..Nasib baik ada harga 0 yen..tu cerita 6 tahun dulu..Kalau sekarang, semua kena bayar. Paling kurang pun 20,000 yen = RM700..Zaman saya belajar, iphone tak keluar lagi..kalau tak, memang dah rembat satu sebab murah banget..

Kenapa tetiba citer pasal kenangan dolu-dolu ini
“entry ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKids yang direviu oleh alyrds a.k.a ally ardee simin & Wan Fatihanum dan ditaja oleh Adorable Muslimah

5 comments

Wednesday, July 20, 2011

Selamatkan EBM semasa Blackout

Wednesday, July 20, 2011
Semalam saya tak senang duduk di pejabat mengenangkan kata-kata pengasuh anak saya yang kawasan perumahan akan terputus bekalan elektrik daripada pukul 10pg-6ptg. Bukan saya risau anak saya panas dekat rumah pengasuh tapi susah hati ingatkan EBM (Expressed Breast Milk) dalam peti ais tu..Tak pernah audit tapi penuh la dua tray kat bahagian beku tu..Mungkin dalam 200 oz ada..

Dalam hati saya cakap ni mesti dugaan Allah sebab saya bersungut hari sebelumnya tak tahu nak letka susu amni kat mana. Peti ais tak muat dah..

Cepat-cepat saya message Mr. N untuk uruskan EBM tu..Kalau Mr. N sibuk untuk buat, memang saya dah bercadang untuk ambil emergency leave (EL) untuk balik umah selamatkan susu AMni..Kenapa saya beriya sangat?? Memang la, harta bernilai AMni-chan dan mengenangkan puasa yang bakal menjelma nanti..Stok EBM adalah satu keperluan untuk masa-masa kecemasan..

Saya lega bila Mr. N cakap dia akan uruskan.TAPI, pukul 3 dapat message kata baru je selesai..Eh, kalau pukul 10-3 dah 5 jam..Rupa-rupanya, elektrik terputus sekitar pukul 12 tengah hari dan sehingga pukul 3 petang memang peti ais tertutup rapat tidak dibuka. Mr. N cakap masa pindahkan masuk icebox tu semua susu masih keras. Saya masih risau kerana ada 3 jam lagi sebelum elektrik ada semula.

Balik rumah, saya lihat ada 2 icebox ( Banyak juga susu Amni sampai 2 bekas ni).Saya mulakan operasi mencari susu cair dalam pukul 8 malam..5jam selepas susu dimasukkan ke dalam icebox..

Alhamdulillah, EBM Amni selamat dengan jayanya dan tidak ada satu pun yang cair..

Berdasarkan pengalaman semalam, saya boleh simpulkan :
  1. EBM beku boleh bertahan dalam 3-4 jam selepas blackout jika peti sejuk tidak dibuka.
  2. Jika cara penyimpanan di dalam icebox dilakukan secara rapi dan betul, EBM boleh bertahan hampir 5-8jam. Masa saya keluarkan tu, ais pun tak cair lagi.
  3. Beringat tentang perkara-perkara diluar jangkaan seperti blackout dan pastikan persediaan kelengkapan sentiasa ada di rumah.

Saya kongsikan cara-cara kendalian EBM untuk dimasukkan ke dalam icebox..Boleh guna cara ini semasa pindahkan EBM daripada kampung ke rumah terutama untuk ibu-ibu yang berpantang di kampung. Ibu-ibu yang sentiasa outstation pun boleh lakukan perkara yang sama.

Perkakas yang perlu : Cooler box (Icebox), Ais ketul yang banyak, Garam, Tuala, Pelekat (Seal).

Letakkan EBM dalam plastik untuk memudahkan pemindahan semula EBM selepas elektrik ada. Saya memang bungkus EBM ikut minggu.

Langkah-langkah:1. Taburkan ais ketul sebagai lapisan bawah dan taburkan garam

2. Susun EBM yang siap dibungkus dalam plastik di atas lapisan ais tadi.
3.Letakkan ais ketul di atas EBM tadi menutupi ruang-ruang kosong dan taburkan garam

4. Letakkan tuala untuk menutupi ais tadi. Tujuan untuk elak ais cair.

5. Ulang perkara yang sama jika EBM banyak. Tutup ice box. Boleh seal jika perlu. Mr, N letak botol mineral besar berisi air tu sebagai pemberat

Taraaa...Ni la EBM amni yang berjaya diselamatkan...






2 comments

Thursday, July 7, 2011

Uri dan kelahiran bagai isi dengan kuku

Thursday, July 7, 2011
Saya dah buntu nak tulih apa untuk cabaran 1 –MSK Ipad ni..Tahu perlu jadi kreatif tapi otak masih tak dapat berfungsi dan akhirnya saya putuskan untuk tulis mengenai kelahiran yang biasa akan terlintas di fikiran kita bila sebut “kelahiran”

Antara perkara yang sinonim dengan kelahiran ini adalah “Tanam Uri”..Untuk orang melayu perkara ini memang diambil berat kerana uri merupakan teman bagi si bayi sepanjang tempoh kehamilan dan cara kendalian uri itu dikatakan akan mempengaruhi proses tumbesaran bayi. Semasa saya berpantang hari itu pun antara soalan yang glamer adalah “ Uri tanam di mana?”, “Macam mana ditanam?”

Sebenarnya di dalam Islam tidak dinyatakan secara jelas bagaimana cara pengurusan uri yang sebetulnya. Oleh itu, kebanyakan negeri mempunyai cara yang berlainan..Antara adat atau budaya la jadinya.

Saya ada terbaca sebaik-baiknya uri diuruskan si suami kerana uri keluar daripada alat sulit isteri dan menjadi tanggungjawab suami untuk menjaga kehormatan isteri. Tapi pastikan suami tu tahan dengan bau darah yea sebab saya sendiri hampir loya masa ibu mertua saya membasuh uri Amni-chan.

Uri Amni-chan dibasuh oleh ibu mertua saya mengikut cara orang Kelantan. Uri dibasuh bersih-bersih dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir dan dibalut dengan kain putih sebelum ditanam. Pastikan lubang dikorek dalam untuk mengelakkan binatang buas yang berminat dengan bau darah daripada uri ini. Jika di belah Johor, uri akan diisi di dalam bekas tempayan tanah selepas dibalut dengan kain putih. Pada pendapat saya, itu semua adalah usaha untuk mengelakkan uri dikorek oleh binatang.

3 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...