Saya dah buntu nak tulih apa untuk cabaran 1 –MSK Ipad ni..Tahu perlu jadi kreatif tapi otak masih tak dapat berfungsi dan akhirnya saya putuskan untuk tulis mengenai kelahiran yang biasa akan terlintas di fikiran kita bila sebut “kelahiran”
Antara perkara yang sinonim dengan kelahiran ini adalah “Tanam Uri”..Untuk orang melayu perkara ini memang diambil berat kerana uri merupakan teman bagi si bayi sepanjang tempoh kehamilan dan cara kendalian uri itu dikatakan akan mempengaruhi proses tumbesaran bayi. Semasa saya berpantang hari itu pun antara soalan yang glamer adalah “ Uri tanam di mana?”, “Macam mana ditanam?”
Sebenarnya di dalam Islam tidak dinyatakan secara jelas bagaimana cara pengurusan uri yang sebetulnya. Oleh itu, kebanyakan negeri mempunyai cara yang berlainan..Antara adat atau budaya la jadinya.
Saya ada terbaca sebaik-baiknya uri diuruskan si suami kerana uri keluar daripada alat sulit isteri dan menjadi tanggungjawab suami untuk menjaga kehormatan isteri. Tapi pastikan suami tu tahan dengan bau darah yea sebab saya sendiri hampir loya masa ibu mertua saya membasuh uri Amni-chan.
Uri Amni-chan dibasuh oleh ibu mertua saya mengikut cara orang Kelantan. Uri dibasuh bersih-bersih dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir dan dibalut dengan kain putih sebelum ditanam. Pastikan lubang dikorek dalam untuk mengelakkan binatang buas yang berminat dengan bau darah daripada uri ini. Jika di belah Johor, uri akan diisi di dalam bekas tempayan tanah selepas dibalut dengan kain putih. Pada pendapat saya, itu semua adalah usaha untuk mengelakkan uri dikorek oleh binatang.






