Showing posts with label Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Giveaway. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Promosi Duit Raya Ramadhan

Tuesday, August 9, 2011
Bila ramadhan menjelma, ramai yang mula membuka biznes sempena ramadhan. Alasan : Rezeki mudah di bulan puasa..Lagipun inilah peluang hendak mencari DUIT RAYA lebih. Bukan apa, jika ada DUIT lebih ditangan, bolehlah menghulur kepada ibu bapa lebih sedikit. BETUL TAK???

Tahun kedua memegang status “PEKERJA KILANG” , saya nekad untuk berniaga memandangkan duit gaji yang tidak cukup itu tidak bersyukur sungguh diriku ini..(muhasabah kejap)..Saya jual tempeyek kacang, kerepek bawang yang diambil daripada Kluang dan kek keju bakar yang saya buat sendiri..

Jika niat ikhlas, memang Allah akan murahkan rezeki..Berjaya juga la saya menjual kek keju tu..Boleh dikatakan setiap hari ada tempahan..Masa tu (2009) Philadelphia Cream cheese 250g baru RM6 jika beli di kedai menjual barang-barang kek..Setelah tolak tambah adalah untung yang diperolehi..Saya jual harga RM30 sahaja..Sekarang memang tak dapat harga tu kerana kos bahan mentah sudah naik..Cream Cheese sahaja sudah berharga RM7 ringgit..Tidak termasuk telur, gula,tepung dan sebagainya..

4 comments

Duit Hilang Di Malam Raya

6 tahun saya berada di Jepun, bermakna 6 tahun juga lah saya berpuasa di sana..TETAPI, 5 kali sahaja beraya di Jepun kerana raya tahun ke 3 saya pulang beraya ke Malaysia atas belas kasihan Professor yang memberi kelepasan walaupun semester sedang berjalan.

Ramadhan di Jepun sama sekali tidak sama dengan ramadhan di Malaysia kerana suasana nya tiada langsung. Jangan kan mahu mendengar lagu raya, orang sentiasa makan di sekeliling. Dugaan sungguh.DUIT memang tidak surut sebab pasar ramadhan tiada dan acapkali juga hanya dibelanjakan untuk membeli biskut bagi juadah berbuka puasa jika ada kelas. Almaklum, puasa semasa musim sejuk waktu siangnya singkat jadi dalam pukul 5 petang sudah berbuka.Masa tahun pertama pernah berbuka dengan gula-gula sebiji..Nasib baik ada terselit dalam beg.

Eh, dah lari topik pula..Bila dikatakan tentang DUIT dan ramadhan, saya tidak akan lupakan peristiwa 30 Ramadhan tahun 2005..Kebetulan 1 Syawal jatuh pada hari cuti umum di Jepun, jadi saya mengambil kesempatan untuk beraya di kedutaan besar Malaysia di Tokyo. Saya duduk di Wakayama yang jauhnya seperti Johor Bahru dan Kuala Lumpur..Hari itu memang sibuk sebab hendak menyiapkan eksperimen dan mengambil data yang perlu sebelum bercuti lama sedikit. Bukan senang di tahun akhir pengajian yea sebab profesor tidak sewenang-wenang beri cuti datang ke makmal. Walaupun bergelar pelajar, kena hantar borang untuk minta cuti tau..Jika tidak disuakan keputusan eksperimen yang memuaskan hati, jangan harap lah boleh bercuti.

Setelah kelam kabut di kampus, saya bergegas untuk pulang ke rumah untuk mengejar waktu keretapi. Jika terlepas, bermakna terlepas la bas saya ke tokyo. Naik bas malam je sebab lagi murah. Kes nak jimat DUIT la ni.Sebelum keluar rumah, saya ingin menghantar mesej kepada rakan TETAPI TELEFON BIMBIT SAYA TIADA. Arrgghhhh,, macam mana ni..Saya mesej rakan di Yahoo Messenger (YM) minta telefon nombor saya tapi tidak berbunyi..Internet lajukan..YM tu di hujung jari sahaja.

Saya teringat meletakkan telefon di poket seluar sebelum merempit balik..Adakah telefon terjatuh di jalan raya? Jika Ya, Sadakallahulazim..Saya terus naik skuter dan patah balik ke kampus dengan cuaca yang sejuk..Dua kali juga saya jalan mundar mandir di parkir motor dan perlahan-lahan menuruni bukit kampus melihat di atas jalan raya. Telefon saya warna putih, sudah tentulah boleh nampak jelas di waktu senja pun. Malangnya, tidak berjumpa..

Hajat di hati mahu membeli belah di Tokyo. Rupa-rupanya telefon ku merajuk..Menjeruk diri dengan menghilangkan diri supaya aku habis DUIT untuk membeli telefon baru.. Di kala orang lain sibuk menghantar mesej raya, menelefon keluarga mengucapkan ucapan raya, saya naik bas dengan hati yang lara. Panik sebentar kerana tidak tahu macam mana mahu menghubungi rakan di Tokyo yang akan menjemput saya di stesen keretapi. Alhamdulillah, junior saya yang turut ke Tokyo berjaya menyampaikan pesanan kepada rakan saya. Ye la kan, saya tiada telefon untuk dihubungi..

Dalam hati, mungkin telefon saya merajuk sebab saya memang sedang berkira-kira untuk menukar telefon yang baru. Al maklum, sudah 3 tahun saya pakai telefon itu. Di pagi raya, saya membeli telefon dengan harga 0 yen..Yatta!!!!!!Selamat DUIT saya...heehehhe..Nak tahu saya beli telefon apa?? VODAFONE tu..Harga 0 yen = PERCUMA la..

Hilang telefon sama macam hilang DUIT juga..Nasib baik ada harga 0 yen..tu cerita 6 tahun dulu..Kalau sekarang, semua kena bayar. Paling kurang pun 20,000 yen = RM700..Zaman saya belajar, iphone tak keluar lagi..kalau tak, memang dah rembat satu sebab murah banget..

Kenapa tetiba citer pasal kenangan dolu-dolu ini
“entry ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKids yang direviu oleh alyrds a.k.a ally ardee simin & Wan Fatihanum dan ditaja oleh Adorable Muslimah”

5 comments

Thursday, July 7, 2011

Uri dan kelahiran bagai isi dengan kuku

Thursday, July 7, 2011
Saya dah buntu nak tulih apa untuk cabaran 1 –MSK Ipad ni..Tahu perlu jadi kreatif tapi otak masih tak dapat berfungsi dan akhirnya saya putuskan untuk tulis mengenai kelahiran yang biasa akan terlintas di fikiran kita bila sebut “kelahiran”

Antara perkara yang sinonim dengan kelahiran ini adalah “Tanam Uri”..Untuk orang melayu perkara ini memang diambil berat kerana uri merupakan teman bagi si bayi sepanjang tempoh kehamilan dan cara kendalian uri itu dikatakan akan mempengaruhi proses tumbesaran bayi. Semasa saya berpantang hari itu pun antara soalan yang glamer adalah “ Uri tanam di mana?”, “Macam mana ditanam?”

Sebenarnya di dalam Islam tidak dinyatakan secara jelas bagaimana cara pengurusan uri yang sebetulnya. Oleh itu, kebanyakan negeri mempunyai cara yang berlainan..Antara adat atau budaya la jadinya.

Saya ada terbaca sebaik-baiknya uri diuruskan si suami kerana uri keluar daripada alat sulit isteri dan menjadi tanggungjawab suami untuk menjaga kehormatan isteri. Tapi pastikan suami tu tahan dengan bau darah yea sebab saya sendiri hampir loya masa ibu mertua saya membasuh uri Amni-chan.

Uri Amni-chan dibasuh oleh ibu mertua saya mengikut cara orang Kelantan. Uri dibasuh bersih-bersih dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir dan dibalut dengan kain putih sebelum ditanam. Pastikan lubang dikorek dalam untuk mengelakkan binatang buas yang berminat dengan bau darah daripada uri ini. Jika di belah Johor, uri akan diisi di dalam bekas tempayan tanah selepas dibalut dengan kain putih. Pada pendapat saya, itu semua adalah usaha untuk mengelakkan uri dikorek oleh binatang.

3 comments

Wednesday, March 9, 2011

Saya mahu kongsi cara kuruskan badan secara sihat dari blog miss-amethyst

Wednesday, March 9, 2011
Mesti org baca entry ni cakap saje je wat entry utk menjadikan blog sendiri terkenal melalui MSK..bukan itu la niat daku sebenarnye..dah lama sebenarnye niat di hati nak wat satu special blog utk kongsi ngan kengkawan cara kuruskan diet secara sihat TETAPI masih tidak berkesempatan..

Kenapa susah-susah nak kongsi lak kan..biarlah org nak wat cara ape pun utk kuruskan badan...

1. Orang Malaysia ni suka sangat wat "crush diet"
Bila dah terasa badan berat, kite pun mula la excited nak turunkan badan TAPi yg jadi masalahnye, tekad tu takde..takat cakap kat mulut je nak kurus la tp usaha tak mau..Lepas tu berharap untuk turunkan 10kg dalam sekelip mata sedangkan masa sendiri menternak badan sampai naik berpikul2 kilo beras tu takde lak kisah..So, hentikan wat "crush diet"..kalo anda amik masa mungkin more than 5 years to gain current weight, why not you try to lose ur weight in 1 years not in 1 day or 1 week or 1 month..Percaya lah..orang yg wat "crush diet" la akan naik berat 2 kali ganda dari berat yg berjaya diturunkan...



7 comments

Tuesday, March 1, 2011

Saya mahu ilmu penyusuan anak daripada blog sarakids.com

Tuesday, March 1, 2011
First time nak join GA contest ni..tuptup terus try big prize..mane tau ade rezeki baby pertama dlm perut ni..ye la, anak-anak skang kan dah jadi baby IT..

Kenapa saya pilih tajuk di atas?? Ala-ala biase je bunyi je kan..

Skang ni saya tgh menghitung hari sahaja..berdebar2 tunggu si kecik ni kua daripada alam perut sy ke alam dunia..Saya ngan suami mmg berniat untuk bagi susu cap gantung pada baby kami sbb masa kecik2 kami pun minum susu ibu kami juga..Tapi yg saya perasan dalam tempoh sy membesar sampai la saya berkahwin, penyusuan susu formula kepada anak2 seolah2 menjadi satu perkara biasa..pelik bin ajaib..

Macam-macam alasan yang sy dengar :
1. Susu ibu tak cukup la..
2. Susu tak nak keluar la..
3. Malu la nak susukan anak di khalayak ramai..
4. Keje gaji besar.Takkan la takde duit nak beli susu anak..

Bila saya sendiri dah berkahwin dan mengandung, azam untuk susukan anak sendiri makin kuat..tambahan sy rase generasi muda skang sudah terbuka fikiran dan adalah satu perkara yang membanggakan bila berjaya menyusukan anak sendiri..

Yang paling penting, saya perlu siapkan diri dengan ilmu penyusuan anak..ada antara makcik2 saya tidak berjaya susukan anak mereka selepas kembali bekerja..mungkin tak boleh salahkan mereka sbb zaman tu orang masih tak tau macam nak sediakan EBM( Expressed Breast Milk)..saya suka pergi ke blog sarakids.com sbb banyak ilmu yg saya dapat terutama tentang penyimpanan EBM dan cara untuk kendalikan susu ibu..cuma sampai skang tak sampai lagi hajat nak ikut breastfeeding class kat sarakids.com..kalo saya tak meletup lagi dalam tempoh dua minggu ni, berhajat nak jenguk kedai sarakids kat TTDI Jaya tu..

Saya paling tidak boleh lupa kata-kata daripada Pn Jasmin masa saya hadiri antenatal class kat DEMC...

" baliklah pada fitrah..ibu kambing susukan anak kambing, ibu lembu susukan anak lembu.Jadinya MANUSIA KENALAH SUSUKAN ANAK MANUSIA..takkan IBU LEMBU SUSUKAN ANAK MANUSIA"

Internet pun dah ade skang..tak susah untuk kita cari ilmu breastfeed ni..kalo dapat Ipad nanti lagi la senang sy nak surf blog sarakids.com..touch sana sini sahja..skang sakit mata tgk tru iphone..hehehe

Saya kena blajar banyak lagi sbb baru ambil ilmu sahja belum dipraktikkan..mungkin puan sarakids terkejut tetiba sy tepon sbb nak dapatkan petua2 sepatutnye...

Suami pun semangat dengar citer pasal penyusuan anak masa antenatal class..Dia cakap tak nak bagi susu formula sbb nanti anak jadi gemuk dan obesiti..

Kita pun sedia maklum kan yang susu ibu adalah yang terbaik di dunia, barulah diikuti dengan susu kambing..susu lembu tu tak silap no 4..hehehhe...

Ni dah melalut ke mana2 ntah...oklah..sbg penutup :

“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”

4 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...