Tuesday, August 9, 2011

Promosi Duit Raya Ramadhan

Tuesday, August 9, 2011
Bila ramadhan menjelma, ramai yang mula membuka biznes sempena ramadhan. Alasan : Rezeki mudah di bulan puasa..Lagipun inilah peluang hendak mencari DUIT RAYA lebih. Bukan apa, jika ada DUIT lebih ditangan, bolehlah menghulur kepada ibu bapa lebih sedikit. BETUL TAK???

Tahun kedua memegang status “PEKERJA KILANG” , saya nekad untuk berniaga memandangkan duit gaji yang tidak cukup itu tidak bersyukur sungguh diriku ini..(muhasabah kejap)..Saya jual tempeyek kacang, kerepek bawang yang diambil daripada Kluang dan kek keju bakar yang saya buat sendiri..

Jika niat ikhlas, memang Allah akan murahkan rezeki..Berjaya juga la saya menjual kek keju tu..Boleh dikatakan setiap hari ada tempahan..Masa tu (2009) Philadelphia Cream cheese 250g baru RM6 jika beli di kedai menjual barang-barang kek..Setelah tolak tambah adalah untung yang diperolehi..Saya jual harga RM30 sahaja..Sekarang memang tak dapat harga tu kerana kos bahan mentah sudah naik..Cream Cheese sahaja sudah berharga RM7 ringgit..Tidak termasuk telur, gula,tepung dan sebagainya..

Hari terakhir tu sampai saya bakar 8 biji cheese cake..

Tahun tu DUIT agak masyuk masuk kerana saya berniaga..Oh, saya jadi ejen jual tudung kat KILANG juga..hehhe..Alhamdulillah, perniagaan rakan saya ni sangat-sangat maju sekarang..

Ni la rupa cheese cake yang saya jual tu..Sekarang buat untuk makan sendiri je pun..



Memandangkan saya tak cukup tangan dengan Amni, jadi tutup la kedai cheese cake saya bersama berlabuhnya Ramadhan tahun 2009.

Tahun ini saya tolong makcik saya menjual kek kukus sahaja..memang sedap dan tak perlu diletak di dalam peti ais..tahan selama sebulan kerana dikukus selama 4 jam..Sangat lembab dan banyak buah-buahan..berbaloi-baloi..


PROMOSI RAYA :  SAIZ KECIK RM40 ( Seperti di atas), SAIZ BESAR RM80 ( 2 kali saiz di atas)..Tempahan sehingga 20 Ogos sahaja..Deposit kena letak ya untuk mengelakkan maslaah di kemudian hari..

Uwaa...sudah mengambil kesempatan ini..

“entry ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKids yang direviu oleh alyrds a.k.a ally ardee simin & Wan Fatihanum dan ditaja oleh Adorable Muslimah

4 comments:

sayangmama said...

wah best nampak kek kukus tu..entry yg ikhlas dan tulus mulus sbb di akhir tu tepek iklan kek kukus heheh

tUtyRAhiZa said...

heheheh..tu kata serampang 2 mata..

memang sedap pun..tiap2 tahun tak pernah miss order..sampai kawan saya kat jepun boleh order masa balik msia cuti beraya..

Irma Ruhani said...

nampak sedap kek kukus tu...

alyrds said...

hoho~ ... nilai sejarah yang pasti menjadi bara dalam hati.

anyway, entri yang bagus dan 'sedap' :P ...good luck yer.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...