Showing posts with label breasfeeding. Show all posts
Showing posts with label breasfeeding. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Selamatkan EBM semasa Blackout

Wednesday, July 20, 2011
Semalam saya tak senang duduk di pejabat mengenangkan kata-kata pengasuh anak saya yang kawasan perumahan akan terputus bekalan elektrik daripada pukul 10pg-6ptg. Bukan saya risau anak saya panas dekat rumah pengasuh tapi susah hati ingatkan EBM (Expressed Breast Milk) dalam peti ais tu..Tak pernah audit tapi penuh la dua tray kat bahagian beku tu..Mungkin dalam 200 oz ada..

Dalam hati saya cakap ni mesti dugaan Allah sebab saya bersungut hari sebelumnya tak tahu nak letka susu amni kat mana. Peti ais tak muat dah..

Cepat-cepat saya message Mr. N untuk uruskan EBM tu..Kalau Mr. N sibuk untuk buat, memang saya dah bercadang untuk ambil emergency leave (EL) untuk balik umah selamatkan susu AMni..Kenapa saya beriya sangat?? Memang la, harta bernilai AMni-chan dan mengenangkan puasa yang bakal menjelma nanti..Stok EBM adalah satu keperluan untuk masa-masa kecemasan..

Saya lega bila Mr. N cakap dia akan uruskan.TAPI, pukul 3 dapat message kata baru je selesai..Eh, kalau pukul 10-3 dah 5 jam..Rupa-rupanya, elektrik terputus sekitar pukul 12 tengah hari dan sehingga pukul 3 petang memang peti ais tertutup rapat tidak dibuka. Mr. N cakap masa pindahkan masuk icebox tu semua susu masih keras. Saya masih risau kerana ada 3 jam lagi sebelum elektrik ada semula.

Balik rumah, saya lihat ada 2 icebox ( Banyak juga susu Amni sampai 2 bekas ni).Saya mulakan operasi mencari susu cair dalam pukul 8 malam..5jam selepas susu dimasukkan ke dalam icebox..

Alhamdulillah, EBM Amni selamat dengan jayanya dan tidak ada satu pun yang cair..

Berdasarkan pengalaman semalam, saya boleh simpulkan :
  1. EBM beku boleh bertahan dalam 3-4 jam selepas blackout jika peti sejuk tidak dibuka.
  2. Jika cara penyimpanan di dalam icebox dilakukan secara rapi dan betul, EBM boleh bertahan hampir 5-8jam. Masa saya keluarkan tu, ais pun tak cair lagi.
  3. Beringat tentang perkara-perkara diluar jangkaan seperti blackout dan pastikan persediaan kelengkapan sentiasa ada di rumah.

Saya kongsikan cara-cara kendalian EBM untuk dimasukkan ke dalam icebox..Boleh guna cara ini semasa pindahkan EBM daripada kampung ke rumah terutama untuk ibu-ibu yang berpantang di kampung. Ibu-ibu yang sentiasa outstation pun boleh lakukan perkara yang sama.

Perkakas yang perlu : Cooler box (Icebox), Ais ketul yang banyak, Garam, Tuala, Pelekat (Seal).

Letakkan EBM dalam plastik untuk memudahkan pemindahan semula EBM selepas elektrik ada. Saya memang bungkus EBM ikut minggu.

Langkah-langkah:1. Taburkan ais ketul sebagai lapisan bawah dan taburkan garam

2. Susun EBM yang siap dibungkus dalam plastik di atas lapisan ais tadi.
3.Letakkan ais ketul di atas EBM tadi menutupi ruang-ruang kosong dan taburkan garam

4. Letakkan tuala untuk menutupi ais tadi. Tujuan untuk elak ais cair.

5. Ulang perkara yang sama jika EBM banyak. Tutup ice box. Boleh seal jika perlu. Mr, N letak botol mineral besar berisi air tu sebagai pemberat

Taraaa...Ni la EBM amni yang berjaya diselamatkan...






3 comments

Tuesday, July 5, 2011

Saya, Amni-chan dan Nursing Cover

Tuesday, July 5, 2011
Ahad lepas pertama kali bawa Amni-chan jalan-jalan dekat Mid Valley dengan cik nana dan nekcu..Mata Amni-chan melilau sana sini..Memang perasan yang Amni kalau dekat public area dia suka tengok sekeliling..Almaklum budak kecik ni kan dalam proses belajar. Jadinya minum susu pun mata tengok ke lain..Ralat tengok orang ramai..

Bila Amni-chan sudah penat tengok sana sini, mula la mencari makanannya iaitu susu la..Senang je dengan Amni-chan, selak baju pastu suakan nenen akan minum la Amni dengan senang hati..Tak payah susah-susah nak bancuh susu pastu bawa ari panas kan.

Saya memang dah beli satu nursing cover ni daripada  Little Precious Garden dan sangat sukakannya..Ke mana-mana pergi pun mesti bawa..Ni la yang tolong tutup cik B masa saya drive sambil mengepam. Pastu bila nyusukan amni kat kawasan awam..Ari sabtu pegi wedding Imran pun, orang dok sibuk tengok orang bersanding..Amni lak dok sibuk nenen di sebalik nursing cover.

Semasa outing ke mid valley tu memang bersyukur sangat nursing cover ni ada. Nursing room dah penuh (ada 2 bilik je) dan Amni-chan dah mula meragam sebab tak dapat susu. Habis dihisapnya tangan tu. Disebabkan lama sangat menunggu, saya duduk je dekat bench all the way to the toilet, pakai nursing cover dan susukan Amni-chan. Tak kisah la orang mampak ke ape ke sebab yang penting Amni-chan dapat menyusu. Perasan tak ade sorang auntie kat sebelah saya tu. Dia sangat kagum dengan nursing cover dan cakap orang yang cipta nursing cover ni sangat genius. Memudahkan untuk nursing in public dan siap ade peekaboo window untuk tengok baby dekat dalam.

1 comments

Wednesday, June 22, 2011

Minta nasi tambah

Wednesday, June 22, 2011
Semasa membeli tapau makan tengah hari tadi.

Saya : Pakcik, nasi kosong satu
Pakcik : OK
Saya : Pakcik, tambah nasi lagi.

Nota : Nasi tu sangat sedikit yea..tidak sampai separuh polisterin

Pakcik : Tambah nasi lagi? (Dengan muka yang terkejut)
Saya : A ah, nasi lagi.

Saya hairan kenapa pakcik tu terkejut. Selepas itu semasa saya mengambil lauk.

Wanita A : Pakcik, nasi separuh.

Wanita B : Pakcik, nasi separuh.

Dalam hati : Patutlah pakcik terkejut saya minta nasi tambah. Rupa-rupanya pelanggan wanita di situ hampir semua minta nasi separuh.

Minta maaf la pakcik ya. Saya ni breastfeeding mom jadi kena makan banyak untuk bagi khasiat dekat Amni-chan. Lagipun saya memang amik heavy meal untuk makan tengahari sahaja. Kena la makan banyak. Lengkap dengan nasi+sayur+lauk ikan = karbohidrat+sayur (vitamin) + protein.

Catatan :

Rabu ( 22.6.11) Lunch Hour at Stall in front of VOLVO

3 comments

Friday, May 6, 2011

Breastfeeding n Bottle feeding challenge

Friday, May 6, 2011
Alhamdulillah..sampai ke ari ni (47ari) masih berjaya breastfeed amni-chan..1st day sgt mencabar kerana susu tak kua lagi..malam kat DEMC tu terpaksa benarkan bagi FM kat amni tp dgn syarat guna picagari instead of bottle..ye la, amni baru nak kenal susu so kalo terus ajar dgn bottle nanti taknak lak direct feeding dgn ku..cuma bersyukur sbb berjaya bagi amni ingat daya hisapan yg amni perlukan utk dapat kan susu seawal setengah jam lepas lahir..sampai ke malam tu still usaha utk BF amni wpun takde susu n tensi je bile mak suh bg FM utk 1st day tu..nak tak nak , terpaksa mengalah..

malam tu sy urut2 cik B sambil baca surah al-kauthar n niat utk susukan amni..alhamdulillah, 2nd day pg tu susu dah kua..sgt bersyukur..TAPIKAN, balik umah malam tu amni menangis je wpun cuba bagi direct feeding..DEMC ade bekalkan  susu mamil gold satu botol kecik..dah pkl 12mlm tu, amni nangis tak berenti..dgn berat atinye terpaksa bagi susu tu tp just dlm 1-2 sudu kecik..bagi sikit, pastu suakan cik B..berjaya gak la teknik tu..luluh rase ati masa kena bagi FM tu..

2 comments

Thursday, March 17, 2011

Breastfeeding Day @ Scriptory Box 13/March/2011

Thursday, March 17, 2011
Very cute cupcake from tika?? Couldn't remember the name..But the taste was so yummy!!!!!
Pn Farah Farhan from Sarakids in action..Our main speaker of the day

3 comments

Monday, February 21, 2011

• Kenapa wanita selepas melahirkan anak akan menjadi gemuk?

Monday, February 21, 2011
Fakta menarik untuk renungan semua dan peringatan untuk diri aku juga...

Ada beberapa sebab mengapa wanita selepas melahirkan anak menjadi gemuk.

Wanita semasa hamil akan meningkat berat badan secara semula jadi.

Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air.

Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak.

Salah satu sebab mengapa wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu.

Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan.

Sebab kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya.

Sumber rujukan : http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template3.jsp?showMe=44

Peringatan untuk ibu-ibu yang baru atau akan melahirkan anak :

Susukan lah anak anda dengan susu ibu..
Kalo kita yakin, susu akan keluar secara semulajadi..
Susu badan kita ni pun macam kilang yang perlu sentiasa dijalankan untuk lebih produktif..
Badan akan dapat isyarat yang baby perlukan susu, so susu akan terhasil secara semulajadi..
Sebab tu pakar laktasi cakap, milk supply is based on demand..
Kalo dah awal2 give up, macam mane kilang nak bekerja hasilkan susu badan..
Yang paling penting...ingat fakta di atas..
Kalo tak perah susu tu keluar, lemak semasa hamil akan tersimpan..so scary..

0 comments

Monday, January 10, 2011

DEMC antenatal class

Monday, January 10, 2011
Semalam satu hari ajak Mr. N teman antenatal class kat DEMC..ari sabtu tu die mcm tak nak ikut tp kena paksa rela utk pegi..takkan la nak gi sorang lak kan..kelas mula dari pkl 9pg sampai 5 petang..complete makan sekali..lunch die sedap gak..kat kelas tu terserempak ngan incik map**y atau nama sebenar fa**al n isteri..masa derang kawin, aku gi sampai ke muar tu ngan incik cig*h..pastu mr. N nampak lak jiran kitorang..sebaris umah, masing2 jaga ujung barisan lain2..rupa2nye isteri die pun EDD march..lengkap la berek umah aku tau ade 3 ibu mengandung..kitorang ni jaga ujung sana sini, yg lagi sorang jaga kat tengah2..hehhehe...

k...antenatal class ni penting untuk persediaan mental dan fizikal..biase la kan semenye banyak ceramah itu ini..antara topik yg menarik :

1. Pain killer during labor..ni pakar bius DEMC yg bagitau yea..
  • meh kongsi bile masa yg sesuai utk amik epidural..kalo hospital kerajaan derang slalunye cuma bagi utk org yg kena bedah je..kalo normal ni, mintak pun tak dibagi..
  • pintu rahim akan terbuka dari 0 cm hingga max 10cm..ikut scala pembukaan tu, kalo pada tahap 1-2cm tu korang rase tak tahan sangat sakit..digalakkan utk minta epi tu sbb contraction akan berlanjutan 6ke 10 jam utk pembukaan max.
  • kalo pada 3-4cm tu korang takde rase ape2 atau leh tahan sakit, tak perlu la susah payah nak minta epi sbb insya Allah korang leh tahan tanpanye..
  • sakit paling max pada pembukaan 5-6cm sbb lepas tu insya Allah cepat je terus ke 10cm..
  • kalo nak guna epi, 6cm pembukaan adalah peluang terakhir..kalo lepas tu korang minta, kemungkinan epi tu takkan berkesan dan korang akan rase tertipu dan membazir duit..
  • epi ni adalah optional bermakna ade extra cost dan adalah sejenis dadah yg dibenarkan..
  • org amik epi ni slalunye takkan bole meneran sbb badan die dah kebas n tak rase ape2..tau2 baby dah kua..so doktor tolong vacuum ke atau guna forcep utk kuakan bb..
  • epi adalah last step utk pain killer n paling efficient compare tu pethadin (Drug) which is usually offered and entonox ( gas yg wat korang mabuk)..

2. Deliver process..sgt ngeri tgk gambar2 tu n geram je kat Dr. Fa**uz (O&G) yg mcm takde perasaan masa terangkan..

  • bb lahir sebelum 37 weeks dikategori sbg premature..
  • EDD yg doktor kasi tu adalah pada 40minggu kandungan dan slalunye bb akan lahir pada 38minggu..2minggu tu kire tolerance la..
  • prepare your bag at 34 weeks pregnancy n keep the bag in your car.
  • ade 3 stage, 1stage tu akan kua tanda2 iaitu kua darah n air ketuban pecah..stage ni mengambil masa 8-16jam..
  • dr akan check vagina dilation to monitor the contraction..makin lama contraction makin kerap n perut mengeras makin lama..
  • 2nd stage, 1-2 jam sahja n dah tiba masa utk deliver..masa ni akan rase urge to push n strong contraction..
  • 3rd stage, 20-30mins sahaja..utk process kuakan uri dan dijahit..katakan uri tak kua sepenuhnye, dr akan seluk dgn tangan utk kuakan..terasa ngilu jap bile dr tu cakap..ade kes yg uri tak nak tanggal, dr terpaksa bedah buang dgn rahim sekali..minta dijauhkan la..
  • episiotomi- pengguntingan di bahgian faraj utk membantu pembersaran pintu rahim..tak sanggup daku tgk gambar itu..mengerikan..jahitan patut sembuh dalm tempoh 10 hari..
  • dr pesan jaga posisi duduk..jgn nak mengangkang ke atau bersila..
  • digalakkan utk "sitz bath" utk cepatkan process sembuh jahitan tu..secara ringkas, bubuh air suam n rendam dlm air utk 10-15 minit..lebih lanjut sila guna pakcik google k..

3. Postnatal care

  • takyah nak sibuk2 kuruskan badan lepas bersalin..dr pesan paling ideal utk dapat berat badan asal selepas 6bln bersalin bkn lepas pantang..hehhe
  • jamu tidak digalakkan kalo baby ade jaundice..bole amik lepas baby sihat, kalo nak amik juga kurangkan dos..kalo bb still ade jaundice, hentikan pengambilan..
  • selalu sapu minyak zaitun kat puting utk elakkan nipple crack..
  • minum air banyak2 n makan sayur2an , buah2an..
  • bertungku elok utk kecutkan rahim..
  • checkup : after 1 mth, 6 weeks, 2 mths.

4. Breastfeeding

  • back to the nature, anak lembu minum susu mak lembu..anak kambing minum susu mak kambing..anak manusia kenala juga minum susu maknye iaitu manusia gak..ni kata2 pakar laktasi ( Pn Jasm**e Tay) tu tau..
  • nursing bra beli sebulan b4 bersalin..1 size bigger than normal bra n no underwire to avoid milk blockage at least for 6 mths..
  • the correct way of baby latching - mulut baby sepenuhnye kat aerola area bukan puting sahja n ibu akan rase seperti rahim ditarik2..main tarik tali ngan bb..bile bb buka mulut besar baru bagi susu..
  • lepas bb lahir jgn bagi puting atau bottle feeding utk elak nipple confusion..bgtau kat dr n nurse yg kite nak bf..
  • exclusive bf utk 6mths n sambung sehingga 2 tahun lepas introduce solid foods..exclusive maknenye bb hanya minum susu ibu..takde formula milk (FM) atau air..
  • benefit bf tuk ibu : rahim cepat kecut, risiko cancer rendah
  • benefit utk bb : less choosy on foods sbb ape yg kite makan bb dah dapat rase dulu, gigi n rahang lebih elok utk language ability-sebut tu betul2 n tak pelat la..better reading n mate ability..bb akan nampak bersemangat tp bile makin besar, badan akan lebih fit dan ketak2 ilang..bb akan rapat ngan mummy n dengar kata wpun kite anta anak tu ke nursery ke biar bibik jaga ke..
  • tanda2 bb lapar : jgn tunggu sampai bb dah melalak..kalo tgk bb dah mula stretching arms, pastu genggam2 tgn tu n menghisap jari tu..sila la bf bb anda..kalo berbedung, letak jari ke mulut bb an observe..kalo mulut bb ikut je jari kite tu, bb mahu susu la..
  • cara penyusuan : kalo mulakan dgn breast kanan n akhir dgn breast kiri, bile nak bf balik mulakan dgn breast terakhir kite bagi kat bb..penting tau utk elak breast size berbeza sebelah..bb akan let go breast naturally bile kenyang..
  • susu ibu ade kandungan air dan nasi..jgn cepat tukar2 breast utk penyusuan..biarkan utk few minutes supaya bb dapat air n nasi sekali..kalo tukar cepat2 kiri n kanan, bb just dapat air n akan cepat lapar..tu die dok melalak..
  • JANGAN GONCANG EBM tp Swirl it..
  • pesanan pn jasmine : bf tak susah kalo kite lakukan dgn cara yg betul..

Antara inti pati yg menarik sepanjang kelas tu..paling aku suka breastfeeding session..Mr. N pun galakkan bf sbb ktiorang ni masa kecik2 mmg minum susu cap gantung..kalo hubby sudah sokong n ditambah keazaman dalam diri, insya Allah yakin boleh..n slalu2 la masuk ke http://susuibu.com/modules/news/ utk tambah ilmu pasal bf..

sori kalo panjang lebar sgt tp penting utk reference sendiri dan mungkin utk kengkawan kat luar tu..tata...


2 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...