Monday, February 21, 2011

• Kenapa wanita selepas melahirkan anak akan menjadi gemuk?

Monday, February 21, 2011
Fakta menarik untuk renungan semua dan peringatan untuk diri aku juga...

Ada beberapa sebab mengapa wanita selepas melahirkan anak menjadi gemuk.

Wanita semasa hamil akan meningkat berat badan secara semula jadi.

Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air.

Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak.

Salah satu sebab mengapa wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu.

Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan.

Sebab kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya.

Sumber rujukan : http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template3.jsp?showMe=44

Peringatan untuk ibu-ibu yang baru atau akan melahirkan anak :

Susukan lah anak anda dengan susu ibu..
Kalo kita yakin, susu akan keluar secara semulajadi..
Susu badan kita ni pun macam kilang yang perlu sentiasa dijalankan untuk lebih produktif..
Badan akan dapat isyarat yang baby perlukan susu, so susu akan terhasil secara semulajadi..
Sebab tu pakar laktasi cakap, milk supply is based on demand..
Kalo dah awal2 give up, macam mane kilang nak bekerja hasilkan susu badan..
Yang paling penting...ingat fakta di atas..
Kalo tak perah susu tu keluar, lemak semasa hamil akan tersimpan..so scary..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...