Tuesday, May 10, 2011

Ke Arah Kewangan Bebas....

Tuesday, May 10, 2011
Sejak menjadi sebahagian pekerja yg membayar cukai kepada negara, saya selalu berharap untuk mencapai kewangan bebas atau lebih popular sebagai "FINANCIAL FREEDOM"..sepanjang 6 tahun di negara matahari terbit, kewangan bukanlah satu masalah berbanding masa untuk saya..KENAPA?? kerana saya mempunyai dua sumber pendapatan..pendapatan utama adalah biasiswa yg diterima setiap ujung bulan dan kedua adalah hasil titik peluh membuat part time..side income ni masuk tiap2 tgh bulan.kiranye idaklah sengkek sepanjang bulan..hehehhe

TETAPI, bila mula bekerja, pendapatan yg masuk hanyalah pendapatan utama sebagai pekerja terulung dan cukup2 je utk makan..kalo nak berbelanja lebih atau membeli barang idaman, kena wat simpanan..wpun bole la nak wat simpanan, tp jumlah nya ciput dan menyebabkan daku rase perlunya membuat side income..ade la menjenguk peluang2 yg ada dan takat ini masih belum berjumpa dengan yang sesuai di hati..chewah..

paling tidak ku lupa, hari raya 2009 ..masa tu berniaga sempena aidilfitri dan alhamdulillah..ade la duit lebih sikit untuk bagi duit raya kat mak abah..jadinye, BERNIAGA pada aku dapat memberi peluang untuk dapat side income..mataku terbuka masa itu...tp tertutup disebabkan kesibukan kerja di kala itu..

Apakah yang anda lakukan untuk mencapai impian "FINANCIAL FREEDOM"?? Buat masa ini, daku sedang mengintai satu peluang perniagaan dan sedang menanti butir2an nya...k.A**ie jgn lupa balas email tu tau..tak sabar dah ni untuk mencuba nasib..

Masa seorang, tiada masalah untuk uruskan kewangan sebab semuanya untuk diri sendiri..Bila sudah berdua n bertiga ni, cabangan penggunaan duit tu semakin banyak...

Kengkawan pun diharapkan dapat melakukan sesuatu untuk membantu kukuhkan kedudukan ekonomi masing-masing ya..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...