Thursday, November 27, 2008

Riang Ria Technical

Thursday, November 27, 2008
Dari kiri : Jiah-Pon-Saya-Kak Siti-Eja-Teh

Dari kiri : Teh-Kak Siti-Abang Airul-Eja-Jiah-Pon

P/S : Baca macam ala-ala karangan budak sekolah rendah..hehehhehe

Hari ini saya dan rakan sekerja telah pergi ke sunway pyramid mega lane untuk bermain boling..bekas rakan sekerja kami (cik teh) juga telah menyertai aktiviti kami ini..seramai 7 orang telah hadir di mana kesemuanya masih memegang gelaran bujang..ops silap..seorang yang memakai tudung berwarna merah jambu dan baju bewarna hitam adalah ibu kepada 2 orang anak kecil..kami hanya dapat bermain 1 frame sahaja memandangkan pada pukul 8 malam ada kejohanan boling yang akan berlangsung..

saya rasa sangat gembira bermain boling setelah sekian lama tidak bermain di malaysia..banyak perkara yg saya temui mengenai beza cara menempah lorong dan sebagainya di malaysia berbanding jepun..di antaranya adalah :

1. Bayaran untuk permainan dibayar semasa menempah lorong..di Jepun selepas habis bermain barulah pembayaran dilakukan..

2. Perlu tinggalkan sebelah kasut/selipar/apa-apa yang sedang anda sarungkan di kaki untuk pertukaran dengan kasut boling..di Jepun kita pilih sendiri kasut melalui mesin automatik..

3. Nama untuk setiap pemain diisi sendiri di lorong permainan yang ditetapkan..di JEpun pemain perlu mengisi borang terlebih dahulu dan cashier akan mengisi nama-nama pemain..

4. Tinggalkan bola boling selepas bermain..di Jepun menjadi kebiasaan untuk mengemas balik semula bola boling yang telah digunakan..

Kesimpulan : Gembira bermain boling kerana saya memang suka bermain boling

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...